Skip to main content

Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak

Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak (PSENS) telah ditubuhkan secara resminya pada 28-2-2011 Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Sarawak, telah meluluskan pendaftaran PSENS pada 19-5-2011 dengan nombor pendaftarn 4223/2011.

 Pada 01-01-2010 melalui Borneo Horse Riding Centre kami telah mula bertapak ditempat sedia ada sekarang ini aitu dipadang  Kpg Sinar Budi Baru, Desa Wira, Batu Kawa sehinggalah kami mengambil keputusan untuk bergabung diantara penggiat-penggiat/ peminat-peminat sukan ekuestrian untuk menubuhkan Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak (PSENS).

Kita semua sedia maklum, kos membeli, memelihara dan menyediakan infrastruktur untuk kemudahan riadah atau aktiviti yang melibatkan kuda adalah sangat tinggi dan memerlukan pembiayaan besar dan tenaga kerja yang banyak. Ianya juga memerlukan penjagaan atau pengurusan yang sempurna oleh mereka yang mempunyai pengetahuan khusus mengenai kuda dan berpengalaman serta berdedikasi.

Aktiviti-aktiviti sukan berkuda juga memerlukan penggunaan kuda yang sesuai, jurulatih dan tenaga pengajar yang bertauliah.  Semua ini boleh menjadi halangan atau beban untuk kita sekiranya dilakukan berseorang/bergerak secara individu. Tetapi apabila kita serious dan bergabung sumber dan tenaga didalam pergerakan Persatuan,  masalah atau halangan tadi dapat kita atasi bersama dengan lebih mudah.

Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak adalah jawapan kepada kemusykilan dan masalah yang dihadapi oleh sesiapa yang ingin menyertai sukan atau aktivti berkuda. Kami telah membuktikan sebelum ini bahawa sukan atau aktiviti equestrian bukan hanya untuk golongan mewah/berada sahaja. Walaupun memang tidak dinafikan kuda dan sukan equestrian adalah berimejkan dengan elite dan prestige, namun masih ada peluang untuk orang ramai yang serious dan berminat untuk sama-sama bergiat dan menceburkan diri didalam bidang ini iaitu dengan menjadi ahli PSENS.







Diantara Fungsi dan Objektif PSENS (petikan daripada PERLEMBAGAAN PSENS) ialah :-


OBJEKTIF DAN FUNGSI
4.1   Objektif Persatuan antaranya seperti berikut:
(a)     untuk membangun, menggalak dan mempromosi sukan ekuestrian di peringkat negeri Sarawak;
(b)     untuk merancang dan membangunkan atlet, pegawai, jurulatih dan mencungkil bakat-bakat  baru;
(c)      untuk memilih atlet bagi mewakili negeri Sarawak dalam mana-mana pertandingan sukan ekuestrian peringkat  kebangsaan;
(d)     untuk mewakili negeri Sarawak dalam badan pengelola di peringkat kebangsaan mewakili sukan ekuestrian;
(e)     untuk bergabung dengan badan pengelola di peringkat kebangsaan;
dan
(f)       untuk menggalakkan pembangunan sukan di peringkat akar umbi melalui penubuhan /  penerimaan ahli gabungan peringkat daerah.

4.2   Fungsi Persatuan antaranya seperti berikut:
(a)      bertindak sebagai badan perwakilan di peringkat Negeri Sarawak bagi sukan Ekuestrian;
(b)     membangun, mengendali, mempromosi dan mengurus sukan Ekuestrian di negeri Sarawak;
(c)      menafsir dan melaksana peraturan dan undang-undang  yang ditetapkan oleh badan kebangsaan;
(d)     mewujudkan kesedaran ke atas kepentingan peraturan dan undang-undang sukan Ekuestrian di kalangan ahli yang terbabit;
(e)     mengendalikan kursus, latihan, pembangunan atlet, kejurulatihan, kepegawaian dan sukarelawan;
(f)       menganjur atau membantu penganjuran dan menjadi tuan rumah pertandingan bagi sukan Ekuestrian di peringkat negeri. Bagi penganjuran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa persatuan hendaklah mendapat kelulusan daripada badan pengelola iaitu Majlis Ekuin Malaysia dan Persatuan Ekuestrian Malaysia;
(g)     menyelesaikan apa-apa isu atau konflik yang melibatkan ahli-ahlinya termasuk pegawai dan pemegang jawatan dalam persatuan.
(h)     mengekalkan hubungan baik dan kedudukan baik dengan  badan pengelola dan badan-badan sukan atau agensi di peringkat negeri;
(i)       memastikan prosedur pemilihan ahli sukan, pegawai, jurulatih dan mana-mana orang untuk mewakili negeri Sarawak dalam sukan Ekuestrian adalah terbuka dan adil;
(j)       memastikan setiap program dan aktiviti dilaksanakan berlandaskan perlembagaan dan peraturan-peraturan di bawahnya;
(k)     memastikan perlembagaan dan peraturan persatuan dipatuhi oleh ahli;
(l)       memastikan laporan aktiviti dan akaun kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan sebelumnya disediakan;
(m)  memastikan kegiatan amal atau perniagaan yang dijalankan bagi menambah kewangan persatuan tidak bercanggah dengan undang-undang negara; dan
(n)     memastikan semua keuntungan yang diperolehi melalui apa-apa perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk meningkatkan, memajukan dan menjalankan objektif dan matlamat Persatuan ini. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang pembayaran gaji atau perbelanjaan kepada ahli atau pekerja persatuan ini. Persatuan juga boleh menubuhkan badan perniagaan dan boleh memiliki harta benda dengan syarat keuntungan hendaklah dimasukkan ke dalam Tabung Kewangan Persatuan.

KEAHLIAN (Jenis atau Kategori Ahli)
Keahlian Persatuan ini terbahagi kepada kategori seperti berikut dan kesemua jenis permohonan untuk menjadi ahli tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh PSENS dan juga Majlis Ekuin Malaysia:
6.1  Ahli Gabungan
       Terdiri dari persatuan-persatuan sukan Ekuestrian di peringkat daerah yang sah berdaftar di Pejabat Pesuruhjaya Sukan.

6.2  Ahli Penuh (Full Member)
       Ahli penuh ialah daripada ahli biasa dewasa yang telah dipilih, dilantik dan diangkat menjadi Ahi Penuh oleh AJK Induk PSENS berdasarkan daripada disiplin, dedikasi, prestasi dan sumbangan ahli tersebut kepada PSENS.

6.3  Ahli Bersekutu
       Terdiri daripada persatuan, kelab dan pertubuhan (kerajaan, korporat/swasta dan lain-lain) yang menjalankan berbagai kegiatan sukan selain dari sukan Ekuestrian dan berdaftar secara sah di sisi undang-undang.


6.4  Ahli Kehormat
       Terdiri daripada Individu-individu yang pernah berjasa kepada Persatuan atau individu-individu yang boleh memberi sumbangan kepada Persatuan. Keahlian adalah melalui perlantikan oleh Jawatankuasa Induk PSENS.
                  6.5  Ahli Pengasas
       Terdiri daripada kesemua tiga belas orang ahli asal yang menjadi pengasas  Persatuan Ekuestrian Negeri Sarawak (PSENS).
6.6  Ahli Biasa Untuk Umur 18 tahun dan keatas.
        Individu dewasa yang memohon dan diterima menjadi ahli PSENS.
6.7  Ahli Remaja Umur 7 hingga 17 Tahun.
                          Individu remaja yang memohon dan diterima menjadi ahli PSENS.






FASAL 7.  YURAN KEAHLIAN
7.1   Setiap ahli hendaklah membayar yuran pendaftaran dan tahunan kepada Persatuan seperti berikut :
Bil.
Jenis Keahlian
Yuran Daftar Menjadi Ahli
Yuran Tahunan Keahlian
Catatan
1.
AHLI GABUNGAN
RM250.00
RM200.00
       ---------
2.
AHLI PENUH
  TIADA
RM50.00
Melalui lantikan
3.
AHLI BERSEKUTU
RM250.00
RM200.00
       ----------

4.

AHLI BIASA 18 TAHUN & KEATAS

RM50.00

RM50.00

       ---------

5.

AHLI REMAJA UMUR    7 hingga 17 TAHUN.

RM30.00

RM12.00

       ----------
6.
AHLI KEHORMAT
RM KOSONG
RM KOSONG
DIKECUALIKAN
7.
AHLI PENGASAS (Founding Members)
RM10.00
RM KOSONG
Yuran tahunan dikecualikan.

7.2   Yuran tahunan hendaklah dibayar tidak lewat dari 1 Februari tiap-tiap tahun kepada Bendahari. Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang berkenaan tidak boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan.
7.3   Kegagalan untuk menjelaskan yuran tahunan dalam tempoh 1(satu) tahun menyebabkan keahliannya terbatal.
7.4   Mana-mana ahli yang telah dibatalkan keahliannya dan ingin menjadi ahli semula, hendaklah mengemukakan permohonan baru dengan menyertakan bayaran yuran pendaftaran, yuran tahunan dan penalti sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja). Penerimaan keahlian ini tertakluk kepada kelulusan dan budibicara  Jawatankuasa Induk PSENS.
 
FASAL 8.  PERMOHONAN MENJADI AHLI
8.1 Permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat secara bertulis dengan mengisi borang khas PSENS yang dijual dengan harga RM2.00 (Dua ringgit Malaysia) dan borang yang telah lengkap diisi serta menepati syarat-syarat yang diperlukan hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha PSENS. Jawatankuasa Induk PSENS mempunyai hak mutlak meluluskan atau menolak sebarang permohonan.
8.2 Sekiranya permohonan menjadi ahli ditolak, sebab-sebab penolakan hendaklah dikemukakan kepada pemohon secara bertulis.

FASAL 9.  HAK DAN KEISTIMEWAAN AHLI
9.1   Semua ahli yang layak mempunyai hak dan keistimewaan seperti berikut:
(a)   berhak sekiranya layak untuk menyertai  kegiatan-kegiatan atau acara-acara tertentu yang dianjurkan oleh Persatuan ini.
(b)  berhak menerima dengan percuma kad keahlian (membership card) atau pun sijil keahlian (Ahli Gabungan/Ahli Bersekutu) dan satu salinan perlembagaan Persatuan semasa pendaftaran dan diberi sekali sahaja.
 (c)  berhak menggunakan kemudahan dan premis badan sukan tertakluk
       kepada syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh PSENS.
9.2   Tiap-tiap ahli hendaklah mengakui dan bersetuju untuk mematuhi:
(a)   perlembagaan, undang-undang dan peraturan-peraturan termasuk peraturan-peraturan kecil, amalan-amalan terbaik yang diterimapakai oleh badan sukan di peringkat tempatan dan antarabangsa;
(b)  segala bidang kuasa badan sukan ini; dan
    (c)  segala peraturan dan undang-undang berkaitan dengan sukan ini.
 
FASAL 10. HAK MENGUNDI DALAM MESYUARAT AGUNG

10.1   Ahli Gabungan
           Semua perwakilan yang layak daripada ahli gabungan yang membayar yuran sebelum atau pada 1 Februari adalah berhak untuk mengundi dan diundi dalam Mesyuarat Agung. 
10.2   Ahli Penuh
          Berhak untuk mengundi dan diundi.
10.3   Ahli Bersekutu
          Perwakilan / individu daripada ahli bersekutu tidak berhak mengundi dan diundi tetapi boleh dijemput menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan sebagai  pemerhati.


10.4   Ahli Kehormat
          Ahli Kehormat tidak berhak mengundi dan diundi tetapi boleh menghadiri  Mesyuarat Agung Tahunan sebagai jemputan khas atau pemerhati.
                  10. 5  Ahli Pengasas
          Berhak untuk mengundi dan diundi.

                     10. 6   Ahli Biasa 18 Tahun dan keatas
               Tidak berhak mengundi dan diundi tetapi boleh dijemput untuk
                               menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan.
                
            10. 7   Ahli Biasa 7 – 17 Tahun
                           Tidak berhak mengundi dan diundi tetapi boleh dijemput untuk
                             menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan.

FASAL 11. PERWAKILAN KE  MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
11.1  Setiap ahli berhak untuk hadir dalam Mesyuarat Agung  Tahunan
11.2  Perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah dipilih oleh badan yang diwakilinya.
11.3  Setiap ahli gabungan berhak menghantar 10 (sepuluh) orang wakil ke Mesyuarat Agung  Tahunan.
11.4  Setiap ahli bersekutu berhak menghantar 3 (tiga) orang wakil ke Mesyuarat Agung Tahunan.
11.5  Nama-nama wakil yang dipilih hendaklah disampaikan secara bertulis kepada Setiausaha sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
11.6  Jika ahli hendak menukar perwakilannya ke Mesyuarat Agung Tahunan, nama perwakilan yang baru hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Kehormat sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan.
FASAL 12. DISIPLIN AHLI, PEGAWAI DAN PEMEGANG JAWATAN
Jawatankuasa Tatatertib setelah mendapati mana-mana ahli, pegawai atau pemegang jawatan:
(a)         telah melanggar, gagal, enggan, atau tidak mematuhi  mana-mana peraturan dan undang-undang termasuk gagal memenuhi komitmen sebagai ahli seperti mana terkandung dalam Fasal 9.2;
(b)        bertindak secara tidak wajar atau memudaratkan kepada badan sukan dan kepentingannya; dan tidak selari dengan matlamat badan sukan dan sukan itu sendiri; dan
(c)         membawa keaiban kepada ahli, badan sukan, sukan itu sendiri dan negara.
boleh memulakan prosiding disiplin terhadap ahli, pegawai atau pemegang jawatan tersebut tertakluk kepada kuasa dan prosedur disiplin yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Induk.  Ahli, pegawai dan pemegang jawatan yang terlibat berhak untuk mendapat  keadilan semulajadi (natural justice ).



ZULKIFLI AHAMAT
Setiausaha, Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak

Comments

Popular posts from this blog

EQUESTRIAN : Selamat datang semula ke laman blog Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak

Asalamu'alaikum dan salam sejahtera. Ini artikel yang pertama blog Ekuestrian Sarawak dalam tahun ini, 2017, setelah beberapa tahun tak aktif. Admin blog ni nak refresh balik mengenai objektif utama penubuhan Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak dan membincangkan beberapa perkara mengenai maksud erti sukan Ekuestrian. Apakah yang dimaksudkan dengan EQUESTRIAN. Ramai orang pernah mendengar perkataan ‘equestrian’, tapi ramai juga yang tak mengetahui makna sebenar perkataan tersebut. Menurut tafsiran, maksud equestrian ialah mengenai apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan kuda dan menunggang kuda. Contohnya seperti menunggang kuda untuk suka-suka atau beriadah (leisure ride/joy ride), trail riding, endurance, dressage, showjumping, lumba kuda, polo dan sebagainya.  Equestrian dan kuda pada persepsi masyarakat kita kebiasaannya berkaitan dengan golongan elite, kemewahan dan prestij. Ada juga yang mengaitkan kuda dengan lumba kuda professional yang dikaitan pula pada ...

Diantara beberapa soalan yang sering di tanya mengenai Ekuestrian Sarawak

Asalamu’alaikum dan salam sejahtera. Diantara beberapa soalan-soalan yang sering ditanyakan kepada saya mengenai Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak atau Ekuestrian Sarawak :- 1.Sejak bila Sarawak ada sukan equestrian? 2.Siapa owner Ekuestrian Sarawak? 3.Persatuan ni ada lesen beroperasi kah? 4.Kat mana Ekuestrian Sarawak beroperasi? 5. Bolehkah anak perempuan saya (sekolah rendah) join jadi ahli? 6. Berapa bayaran kalau nak join persatuan ni? 7. Kalau nak belajar menunggang kuda pun kena bayar jugakah  walaupun dah join jadi ahli? 8. Siapa jurulatih? 9. Berapa lama untuk anak dia belajar menunggang kuda untuk jadi pandai? 10. Anak saya minat sangat nak join sebab minat kuda dan nak belajar riding. Tapi saya takut akan risiko dan bahaya menunggang kuda. Persatuan ni boleh jamin kah anak saya selamat? Jadi, sebagai menjawab semua soalan diatas dan untuk memberi penjelasan kepada sesiapa saja yang mungkin mempunyai soalan-soalan yang lebih kurang sa...

Kejohanan EAM Masters 1

Asalammu'alaikum dan salam sejahtera. Latest news (good news) daripada Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak (Ekuestrian Sarawak). Alhamdulillah, pada 15hb dan 16hb April 2017 baru-baru ni, Ekuestrian Sarawak telah menyertai kejohanan sukan equestrian peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Equestrian Associations of Malaysia (EAM), EAM MASTERS 1 di Ipoh, Perak.  Dalam events 2 hari tersebut team Ekuestrian Sarawak telah diwakili oleh rider kita, En Adi Sebli. Penyertaan kita dalam kejohanan sukan equestrian EAM Masters 1 di Ipoh, Perak adalah merupakan satu pencapaian yang bersejarah untuk Adi Sebli, Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak dan khasnya untuk Sarawak. Ini adalah kerana ianya penyertaan yang pertama kalinya oleh rider anak negeri Sarawak yang mewakili Ekuestrian Sarawak dan negeri Sarawak dalam kejohanan sukan equestrian dalam Malaysia. Syabas dan tahniah untuk semua yang terlibat dan juga kepada all Sarawakians ! Jika penyertaan kita ini sudah dianggap...