Asalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Ini artikel yang pertama blog Ekuestrian Sarawak dalam tahun ini, 2017, setelah beberapa tahun tak aktif.
Admin blog ni nak refresh balik mengenai objektif utama penubuhan Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak dan membincangkan beberapa perkara mengenai maksud erti sukan Ekuestrian.
Apakah yang dimaksudkan dengan EQUESTRIAN.

Ramai orang pernah mendengar perkataan ‘equestrian’, tapi ramai juga yang tak mengetahui makna sebenar perkataan tersebut. Menurut tafsiran, maksud equestrian ialah mengenai apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan kuda dan menunggang kuda. Contohnya seperti menunggang kuda untuk suka-suka atau beriadah (leisure ride/joy ride), trail riding, endurance, dressage, showjumping, lumba kuda, polo dan sebagainya.
Equestrian dan kuda pada persepsi masyarakat kita kebiasaannya berkaitan dengan golongan elite, kemewahan dan prestij. Ada juga yang mengaitkan kuda dengan lumba kuda professional yang dikaitan pula pada judi semata-mata.
Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak (Ekuestrian Sarawak) ditubuhkan pada 28hb Februari 2011 adalah bertujuan menangkis persepsi yang kurang tepat mengenai Equestrian atau Sukan equestrian dalam masyarakat kita.
Pertama sekali, Ekuestrian Sarawak boleh memberi peluang kepada semua golongan masyarakat yang meminati sukan/aktiviti equestrian untuk turut serta dan mengambil bahagian dalam perbagai bidang sukan dan aktiviti equestrian dengan mudah/ringkas serta dengan kos penyertaan yang sangat minima dan berpatutan.

Memang tidak dinafikan, pemeliharaan, pengurusan dan untuk membeli kuda yang sesuai serta peralatan lengkap yang diperlukan memerlukan kos pembiayaan yang tinggi. Tetapi, kita didalam Ekuestrian Sarawak ada cara dan idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut supaya tidak membebankan peminat-peminat sukan equestrian yang menjadi ahli-ahli Ekuestrian Sarawak .
Kepada sesiapa yang berminat dan ingin memohon menjadi ahli PSENS, bertindak cepat kerana pada masa sekarang Ekuestrian Sarawak sedang berkempen untuk menerima keahlian daripada orang ramai. Pemohonan ahli bagaimanapun hanya untuk mereka yang berumur 7 tahun keatas. Setiap ahli Ekuestrian Sarawak adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung didalam Perlembagaan resmi Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak.
Ekuestrian Sarawak mempunyai tanggungjawab untuk memastikan equestrian dan sukan equestrian di Sarawak akan terus berkembang maju. Semoga Sarawak setanding dengan negeri-negeri lain didalam sukan yang berprestij ini.
PERSATUAN SUKAN EKUESTRIAN NEGERI SARAWAK
Lot 38, Tingkat 1, Kompleks Kubah Ria, Jln Matang 93050 Kuching
Lot 38, Tingkat 1, Kompleks Kubah Ria, Jln Matang 93050 Kuching
TEL : 082-410401 atau 010-7751963 (WhatsApp only)
E- MEL : psens2011@gmail.com
ekuestrian.sarawak@gmail.com
Comments
Post a Comment