Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

Tahniah untuk Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak

Pertama sekali tahniah kepada Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak (PSENS) kerana dijemput untuk mewakili negeri Sarawak oleh pihak peganjur Annual Horse Camp bertempat di Terengganu Equestrian Resort pada 04-6-2011 hingga 09-6-2011. Tahniah juga diucapkan kepada Presiden PSENS, En Abdul Rahman Mohd Sepawie kerana akan menghadap Duli Yang Ma ha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung Malaysia, Tuanku Sultan Mizan untuk menerima watikah peneriman PSENS didalam badan ekuestrian Malaysia untuk Negeri Sarawak. Ini adalah tanda pengiktirafan badan induk equestrian di Malaysia kepada Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak dan semoga pengiktirafan ini akan turut membantu tujuan dan matlamat PSENS untuk membangun serta menerajui bidang sukan EQUESTRIAN di Sarawak. Akhir sekali, tahniah kepada ahli-ahli remaja PSENS yang berikut : - ABDUL RASHID B KARNI AMIRUL B. AZID AZRUL AMIZIE B. PIGI kerana telah mencipta sejarah PSENS sebagai athlete pertama sekali dipi

Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak

Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak (PSENS) telah ditubuhkan secara resminya pada 28-2-2011 Pesuruhjaya Sukan Malaysia , Sarawak, telah meluluskan pendaftaran PSENS pada 19-5-2011 dengan nombor pendaftarn 4223/2011.   Pada 01-01-2010 melalui Borneo Horse Riding Centre kami telah mula bertapak ditempat sedia ada sekarang ini aitu dipadang   Kpg Sinar Budi Baru, Desa Wira, Batu Kawa sehinggalah kami mengambil keputusan untuk bergabung diantara penggiat-penggiat/ peminat-peminat sukan ekuestrian untuk menubuhkan Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak (PSENS). Kita semua sedia maklum, kos membeli, memelihara dan menyediakan infrastruktur untuk kemudahan riadah atau aktiviti yang melibatkan kuda adalah sangat tinggi dan memerlukan pembiayaan besar dan tenaga kerja yang banyak. Ianya juga memerlukan penjagaan atau pengurusan yang sempurna oleh mereka yang mempunyai pengetahuan khusus mengenai kuda dan berpengalaman serta berdedikasi. Aktiviti-aktiviti sukan berkuda juga meme