Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

Diantara beberapa soalan yang sering di tanya mengenai Ekuestrian Sarawak

Asalamu’alaikum dan salam sejahtera. Diantara beberapa soalan-soalan yang sering ditanyakan kepada saya mengenai Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak atau Ekuestrian Sarawak :- 1.Sejak bila Sarawak ada sukan equestrian? 2.Siapa owner Ekuestrian Sarawak? 3.Persatuan ni ada lesen beroperasi kah? 4.Kat mana Ekuestrian Sarawak beroperasi? 5. Bolehkah anak perempuan saya (sekolah rendah) join jadi ahli? 6. Berapa bayaran kalau nak join persatuan ni? 7. Kalau nak belajar menunggang kuda pun kena bayar jugakah  walaupun dah join jadi ahli? 8. Siapa jurulatih? 9. Berapa lama untuk anak dia belajar menunggang kuda untuk jadi pandai? 10. Anak saya minat sangat nak join sebab minat kuda dan nak belajar riding. Tapi saya takut akan risiko dan bahaya menunggang kuda. Persatuan ni boleh jamin kah anak saya selamat? Jadi, sebagai menjawab semua soalan diatas dan untuk memberi penjelasan kepada sesiapa saja yang mungkin mempunyai soalan-soalan yang lebih kurang sama,

Kejohanan EAM Masters 1

Asalammu'alaikum dan salam sejahtera. Latest news (good news) daripada Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak (Ekuestrian Sarawak). Alhamdulillah, pada 15hb dan 16hb April 2017 baru-baru ni, Ekuestrian Sarawak telah menyertai kejohanan sukan equestrian peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Equestrian Associations of Malaysia (EAM), EAM MASTERS 1 di Ipoh, Perak.  Dalam events 2 hari tersebut team Ekuestrian Sarawak telah diwakili oleh rider kita, En Adi Sebli. Penyertaan kita dalam kejohanan sukan equestrian EAM Masters 1 di Ipoh, Perak adalah merupakan satu pencapaian yang bersejarah untuk Adi Sebli, Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak dan khasnya untuk Sarawak. Ini adalah kerana ianya penyertaan yang pertama kalinya oleh rider anak negeri Sarawak yang mewakili Ekuestrian Sarawak dan negeri Sarawak dalam kejohanan sukan equestrian dalam Malaysia. Syabas dan tahniah untuk semua yang terlibat dan juga kepada all Sarawakians ! Jika penyertaan kita ini sudah dianggap

EQUESTRIAN : Selamat datang semula ke laman blog Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak

Asalamu'alaikum dan salam sejahtera. Ini artikel yang pertama blog Ekuestrian Sarawak dalam tahun ini, 2017, setelah beberapa tahun tak aktif. Admin blog ni nak refresh balik mengenai objektif utama penubuhan Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak dan membincangkan beberapa perkara mengenai maksud erti sukan Ekuestrian. Apakah yang dimaksudkan dengan EQUESTRIAN. Ramai orang pernah mendengar perkataan ‘equestrian’, tapi ramai juga yang tak mengetahui makna sebenar perkataan tersebut. Menurut tafsiran, maksud equestrian ialah mengenai apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan kuda dan menunggang kuda. Contohnya seperti menunggang kuda untuk suka-suka atau beriadah (leisure ride/joy ride), trail riding, endurance, dressage, showjumping, lumba kuda, polo dan sebagainya.  Equestrian dan kuda pada persepsi masyarakat kita kebiasaannya berkaitan dengan golongan elite, kemewahan dan prestij. Ada juga yang mengaitkan kuda dengan lumba kuda professional yang dikaitan pula pada