Skip to main content

Diantara beberapa soalan yang sering di tanya mengenai Ekuestrian Sarawak

Asalamu’alaikum dan salam sejahtera.
Diantara beberapa soalan-soalan yang sering ditanyakan kepada saya mengenai Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak atau Ekuestrian Sarawak :-

1.Sejak bila Sarawak ada sukan equestrian?
2.Siapa owner Ekuestrian Sarawak?
3.Persatuan ni ada lesen beroperasi kah?
4.Kat mana Ekuestrian Sarawak beroperasi?
5. Bolehkah anak perempuan saya (sekolah rendah) join jadi ahli?
6. Berapa bayaran kalau nak join persatuan ni?
7. Kalau nak belajar menunggang kuda pun kena bayar jugakah  walaupun dah join jadi ahli?
8. Siapa jurulatih?
9. Berapa lama untuk anak dia belajar menunggang kuda untuk jadi pandai?
10. Anak saya minat sangat nak join sebab minat kuda dan nak belajar riding. Tapi saya takut akan risiko dan bahaya menunggang kuda. Persatuan ni boleh jamin kah anak saya selamat?

Jadi, sebagai menjawab semua soalan diatas dan untuk memberi penjelasan kepada sesiapa saja yang mungkin mempunyai soalan-soalan yang lebih kurang sama, berikut jawapan yang secara ringkas dari saya.

1.Sejak bila Sarawak ada sukan equestrian?
Jawapan 1: Saya tak tau sejak bila tapi apa yang saya boleh bagi tau Ekuestrian Sarawak telah kami tubuhkan sejak tahun 2011 di Kuching. Mungkin sebelum ni ada pihak-pihak lain yang bergiat dalam sukan equestrian di Sarawak tetapi bukan sebagai persatuan sukan atau mewakili negeri Sarawak.

2.Siapa owner Ekuestrian Sarawak?
Jawapan 2: Bukan milik individu perseorangan, company, yb dato, datuk, datin atau tan sri. Ekuestrian Sarawak adalah untuk semua ahli-ahli Ekuestrian Sarawak yang mempunyai taraf sah menjadi ahli.

3.Persatuan ni ada lesen beroperasi kah?
Jawapan 3: Tak ada. Ekuestrian Sarawak Cuma ada sijil yang mengesahkan pendaftaran persatuan ini dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Negeri Sarawak sebagai sebuah badan persatuan sukan equestrian untuk peringkat negeri Sarawak. Bermakna, persatuan ini sebagai badan sah yang mewakili sukan equestrian di Sarawak dan mewakili Sarawak diperingkat kebangsaan.



4.Kat mana Ekuestrian Sarawak beroperasi?  
Jawapan 4: Ketika ini, Ekuestrian Sarawak belum mempunyai padang/tempat/riding centre di Kuching. Masih dalam proses untuk mendapatkan lokasi / tempat yang sesuai. Untuk ahli atau athlete kita yang telah sedia ada, mereka menjalani aktiviti dan latihan di Semenanjung Malaysia.

5. Bolehkah anak perempuan saya (sekolah rendah)join jadi ahli?
Jawapan 5: InsyaAllah, boleh. Asalkan melebihi umur 7 tahun dan keatas.

6. Berapa bayaran kalau nak join persatuan ni?
Jawapan 6: Yuran pendaftaran cuma RM50.00 sahaja untuk seumur hidup selagi keahlian diteruskan/dihidupkan melalui bayaran yuran tahunan yang mesti dibayar kepada Ekuestrian Sarawak pada setiap tahun. Keahlian terbatal sekiranya yuran tahunan tidak di bayar dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Ekuestrian Sarawak. Yuran tahunan terbaru akan diumumkan kemudian tertakluk kepada keputusan dalam Mesyuarat Agung 2017 Ekuestrian Sarawak pada 13hb Mei 2017. Kalau diluluskan, yuran tahunan keahlian ialah RM100.00 sehingga berlaku lagi kenaikan / perubahan.  

7. Kalau nak belajar menunggang kuda pun kena bayar jugakah  walaupun dah join jadi ahli?
Jawapan 7: Ya, yuran belajar riding adalah bayaran yang berasingan.  Buat masa ini yuran belajar menunggang kuda belum lagi ditetapkan oleh AJK Ekuestrian Sarawak.

8. Siapa jurulatih?
Jawapan 8: Buat masa sekarang kita ada 3 orang jurulatih yang bertauliah. Adi Sebli, Abdul Halim Alihan dan Zulkifli Ahamat.

9. Berapa lama untuk anak saya belajar menunggang kuda untuk jadi pandai?
Jawapan 9: Tertakluk kepada beberapa factor dan keadaan. Kebolehan, bakat dan keupayaan setiap individu berbeza-beza. Mustahil dapat ditentukan kecuali dengan izin Allah yang Maha Mengetahui. Kalau kebiasaan yang saya tengok, dalam beberapa lessons dah boleh riding sendiri. Kalau nak betul-betul pandai kena lah banyak practice dan memperbanyakkan pengalaman.

10. Anak saya minat sangat nak join sebab minat kuda dan nak belajar riding. Tapi saya takut akan risiko dan bahaya menunggang kuda. Persatuan ni boleh jamin kah anak saya selamat?
Jawapan 10: Alhamdulillah kerana anak puan minat dengan kuda dan mau nak belajar riding. Sukan dan aktiviti menunggang kuda adalah aktiviti sehat dan salah satu rekreasi  yang sangat digalakkan dalam Islam. Mengenai bahaya atau tidak, yang paling penting kita semua berusaha untuk mengutamakan keselamatan,  mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada pengajar/jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman. Selagi kita hidup, kita sentiasa saja berhadapan dengan berbagai risiko atau perkara yang merbahaya.  Bahaya atau selamat, hanya Allah yang Maha Kuasa saja yang boleh memberi jaminan kepada kita semua.

Saya mohon maaf kepada sesiapa sahaja sekiranya jawapan-jawapan yang saya berikan diatas tidak menjawap pertanyaan dengan jelas atau menepati soalan yang ditanya. Mohon maaf juga sekiranya jawapan saya menyinggung perasaan kerana tiada niat untuk berbuat demikian kepada sesiapa pun. Semua jawapan yang diberi adalah daripada pengetahuan yang sangat sedikit yang saya ada, berserta dengan sedikit pengalaman peribadi dan juga berpandukan Perlembagaan Ekuestrian Sarawak yang sah. Kalau nak mengetahui dengan lebih detail lagi mengenai Ekuestrian Sarawak atau mengenai lain-lain perkara yang berkaitan, sila hubungi (atau jumpa personally) mana-mana AJK Ekuestrian Sarawak.

Ok, kepada sesiapa nak join Ekuestrian Sarawak, you are most welcome. Kami sangat mengalu-alukan anda join kami di Ekuestrian Sarawak.

Ekuestrian Sarawak
Lot 38, Tingkat 1, Kompleks Kubah Ria,
Jalan Matang, 93050 Kuching Sarawak
Tel : 082-410401 or   WhatsApp 010-7751963


Emal : ekuestrian.sarawak@gmail.com

Comments

  1. Mohon penjelasan di mana latihan ini dijalankan kerana buat masa ini telah sedia maklum persatuan ini belum mempunyai padang/tempat/riding centre?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

EQUESTRIAN : Selamat datang semula ke laman blog Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak

Asalamu'alaikum dan salam sejahtera. Ini artikel yang pertama blog Ekuestrian Sarawak dalam tahun ini, 2017, setelah beberapa tahun tak aktif. Admin blog ni nak refresh balik mengenai objektif utama penubuhan Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak dan membincangkan beberapa perkara mengenai maksud erti sukan Ekuestrian. Apakah yang dimaksudkan dengan EQUESTRIAN. Ramai orang pernah mendengar perkataan ‘equestrian’, tapi ramai juga yang tak mengetahui makna sebenar perkataan tersebut. Menurut tafsiran, maksud equestrian ialah mengenai apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan kuda dan menunggang kuda. Contohnya seperti menunggang kuda untuk suka-suka atau beriadah (leisure ride/joy ride), trail riding, endurance, dressage, showjumping, lumba kuda, polo dan sebagainya.  Equestrian dan kuda pada persepsi masyarakat kita kebiasaannya berkaitan dengan golongan elite, kemewahan dan prestij. Ada juga yang mengaitkan kuda dengan lumba kuda professional yang dikaitan pula pada

Kejohanan EAM Masters 1

Asalammu'alaikum dan salam sejahtera. Latest news (good news) daripada Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak (Ekuestrian Sarawak). Alhamdulillah, pada 15hb dan 16hb April 2017 baru-baru ni, Ekuestrian Sarawak telah menyertai kejohanan sukan equestrian peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Equestrian Associations of Malaysia (EAM), EAM MASTERS 1 di Ipoh, Perak.  Dalam events 2 hari tersebut team Ekuestrian Sarawak telah diwakili oleh rider kita, En Adi Sebli. Penyertaan kita dalam kejohanan sukan equestrian EAM Masters 1 di Ipoh, Perak adalah merupakan satu pencapaian yang bersejarah untuk Adi Sebli, Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak dan khasnya untuk Sarawak. Ini adalah kerana ianya penyertaan yang pertama kalinya oleh rider anak negeri Sarawak yang mewakili Ekuestrian Sarawak dan negeri Sarawak dalam kejohanan sukan equestrian dalam Malaysia. Syabas dan tahniah untuk semua yang terlibat dan juga kepada all Sarawakians ! Jika penyertaan kita ini sudah dianggap