Skip to main content

Kejohanan EAM Masters 1

Asalammu'alaikum dan salam sejahtera.

Latest news (good news) daripada Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak (Ekuestrian Sarawak).

Alhamdulillah, pada 15hb dan 16hb April 2017 baru-baru ni, Ekuestrian Sarawak telah menyertai kejohanan sukan equestrian peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Equestrian Associations of Malaysia (EAM), EAM MASTERS 1 di Ipoh, Perak.  Dalam events 2 hari tersebut team Ekuestrian Sarawak telah diwakili oleh rider kita, En Adi Sebli. Penyertaan kita dalam kejohanan sukan equestrian EAM Masters 1 di Ipoh, Perak adalah merupakan satu pencapaian yang bersejarah untuk Adi Sebli, Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak dan khasnya untuk Sarawak. Ini adalah kerana ianya penyertaan yang pertama kalinya oleh rider anak negeri Sarawak yang mewakili Ekuestrian Sarawak dan negeri Sarawak dalam kejohanan sukan equestrian dalam Malaysia. Syabas dan tahniah untuk semua yang terlibat dan juga kepada all Sarawakians !

Jika penyertaan kita ini sudah dianggap satu pencapaian yang sangat membanggakan kita, maka kita tidaklah meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk menang bertanding atau mendapat kedudukan tempat yang teratas. Tapi diluar dugaan kita semua, Adi telah mendapat tempat ketiga dihari pertama mengikuti salah satu event & class yang dipertandingkan. Dan yang paling mengejutkan, pada hari kedua (16hb April 2017), Adi berjaya memenangi pertandingan dan mendapat tempat pertama.

Adi Sebli menunggang kuda bernama Super Sain Versuvio dihari pertama (11hb April 2017)  memulakan latihan dan persiapan untuk mengikuti pertandingan sukan equestrian EAM Masters 1 di PRTC Equestrian Club, Ipoh, Perak 




Menunggu penyampaian hadiah selepas habis event hari Ahad 16hb April 2017. Adi dan Super Sain Versuvio paling kiri, menang tempat pertama.





Alhamdulillah, tindakan berani yang kita ambil untuk menyertai pertandingan walau pun dengan niat semata-mata untuk tujuan exposure dan menimba pengalaman berhasil dengan sangat baik. Ekuestrian Sarawak berharap, dengan pengalaman dan pencapaian ini akan mendorong Ekuestrian Sarawak untuk lebih bersemangat lagi dan meneruskan usaha untuk kemajuan serta pembangunan sukan equestrian di Sarawak.

Kita telah membuktikan yang kita boleh dan mampu untuk turut serta bersaing dalam sukan equestrian ini dalam acara 'show jumping'. Selain Adi Sebli, ada lagi anak Sarawak yang berbakat besar dalam sukan berkuda acara show jumping ini, iaitu Kpl (U) Encik Donna Tayak. Kpl Donna pada masa sekarang masih bertugas dengan TUDM di Sungai Besi,Kuala Lumpur

Adi Sebli dan Kpl Donna Tayak semasa sama sama mengikuti acara showjumping di EAM Masters 1 di Perak Turf Club Equestrian Centre, Ipoh, PERAK 15hb dan 16hb April 2017


Tetapi ramai daripada kita tidak menyedari akan potensi yang Sarawak ada dalam sukan equestrian. Sarawak juga mempunyai seorang lagi jaguh atlet sukan berkuda iaitu En. Abdul Halim Alihan. Halim adalah merupakan salah seorang atlet sukan equestrian yang terkenal dalam acara endurance. Anak Sarawak ini juga sering dipilih mewakili Malaysia ke kejohanan lumba kuda lasak (endurance) peringkat international. Halim juga adalah salah seorang rider dalam team endurance mewakili Malaysia yang menang pingat emas di SEA Games Myanmar 2013. InsyaAllah, Ekuestrian Sarawak dengan bantuan Halim akan menubuhkan Ekuestrian Sarawak Endurance Team (ESET) yang juga sekali gus mewakili negeri Sarawak.

Adi Sebli dan Abdul Halim Alihan bergambar selepas habis event pada 16hb April 2017. Terima kasih Halim kerana sanggup turun ke Ipoh memberi sokongan pada team Ekuestrian Sarawak dan sekurang-kurangnya hadir sebagai mewakili Team Manager yang tak sempat datang.

Halim, no2 dari kiri menang pingat emas dalam team endurance Malaysia di 2013 SEA Games Myanmar.


Semoga sukan equestrian Sarawak akan terus maju dan segala usaha kita dipermudahkan oleh Allah. Amin.


Comments

Popular posts from this blog

Diantara beberapa soalan yang sering di tanya mengenai Ekuestrian Sarawak

Asalamu’alaikum dan salam sejahtera. Diantara beberapa soalan-soalan yang sering ditanyakan kepada saya mengenai Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak atau Ekuestrian Sarawak :- 1.Sejak bila Sarawak ada sukan equestrian? 2.Siapa owner Ekuestrian Sarawak? 3.Persatuan ni ada lesen beroperasi kah? 4.Kat mana Ekuestrian Sarawak beroperasi? 5. Bolehkah anak perempuan saya (sekolah rendah) join jadi ahli? 6. Berapa bayaran kalau nak join persatuan ni? 7. Kalau nak belajar menunggang kuda pun kena bayar jugakah  walaupun dah join jadi ahli? 8. Siapa jurulatih? 9. Berapa lama untuk anak dia belajar menunggang kuda untuk jadi pandai? 10. Anak saya minat sangat nak join sebab minat kuda dan nak belajar riding. Tapi saya takut akan risiko dan bahaya menunggang kuda. Persatuan ni boleh jamin kah anak saya selamat? Jadi, sebagai menjawab semua soalan diatas dan untuk memberi penjelasan kepada sesiapa saja yang mungkin mempunyai soalan-soalan yang lebih kurang sama,

EQUESTRIAN : Selamat datang semula ke laman blog Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak

Asalamu'alaikum dan salam sejahtera. Ini artikel yang pertama blog Ekuestrian Sarawak dalam tahun ini, 2017, setelah beberapa tahun tak aktif. Admin blog ni nak refresh balik mengenai objektif utama penubuhan Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak dan membincangkan beberapa perkara mengenai maksud erti sukan Ekuestrian. Apakah yang dimaksudkan dengan EQUESTRIAN. Ramai orang pernah mendengar perkataan ‘equestrian’, tapi ramai juga yang tak mengetahui makna sebenar perkataan tersebut. Menurut tafsiran, maksud equestrian ialah mengenai apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan kuda dan menunggang kuda. Contohnya seperti menunggang kuda untuk suka-suka atau beriadah (leisure ride/joy ride), trail riding, endurance, dressage, showjumping, lumba kuda, polo dan sebagainya.  Equestrian dan kuda pada persepsi masyarakat kita kebiasaannya berkaitan dengan golongan elite, kemewahan dan prestij. Ada juga yang mengaitkan kuda dengan lumba kuda professional yang dikaitan pula pada