Skip to main content

Kenangan manis dan sejarah awal Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak.

Dari kiri :- Taleb, Along, Iwan, KUMUSTA (kuda) Kerol, Boy, Mizan, Ijam, Adam 


Gambar ini diambil waktu mula-mula nak buka riding center di Kpg Sinar Budi Baru, Tmn Desa Wira, Jln Batu Kawa, Kuching dalam penghujung tahun 2010. Ekuestrian Sarawak ditubuhkan dan berdaftar dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan, Negeri Sarawak pada 19hb Mei 2011. Dalam masa yang singkat saja ramai anak-anak Kpg Sinar Budi berkumpul setiap petang dipadang dan ikut belajar riding. Walaupun penat melayan lebih kurang 25 orang anak-anak (lelaki & perempuan) yang datang hampir setiap petang (pagi dan petang pada hujung minggu atau hari cuti umum) tapi kami merasa seronok juga kerana dapat melihat ramai daripada mereka yang ada bakat dalam sukan ekuestrian. 

InsyaAllah mungkin satu hari nanti ada diantara mereka dari grup ini yang akan berjaya mewakili Sarawak kepertandingan sukan equestrian peringkat kebangsaan dan mungkin juga akan mewakili Malaysia ke peringkat international. Amin.











Comments

Popular posts from this blog

EQUESTRIAN : Selamat datang semula ke laman blog Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak

Asalamu'alaikum dan salam sejahtera. Ini artikel yang pertama blog Ekuestrian Sarawak dalam tahun ini, 2017, setelah beberapa tahun tak aktif. Admin blog ni nak refresh balik mengenai objektif utama penubuhan Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak dan membincangkan beberapa perkara mengenai maksud erti sukan Ekuestrian. Apakah yang dimaksudkan dengan EQUESTRIAN. Ramai orang pernah mendengar perkataan ‘equestrian’, tapi ramai juga yang tak mengetahui makna sebenar perkataan tersebut. Menurut tafsiran, maksud equestrian ialah mengenai apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan kuda dan menunggang kuda. Contohnya seperti menunggang kuda untuk suka-suka atau beriadah (leisure ride/joy ride), trail riding, endurance, dressage, showjumping, lumba kuda, polo dan sebagainya.  Equestrian dan kuda pada persepsi masyarakat kita kebiasaannya berkaitan dengan golongan elite, kemewahan dan prestij. Ada juga yang mengaitkan kuda dengan lumba kuda professional yang dikaitan pula pada ...

Diantara beberapa soalan yang sering di tanya mengenai Ekuestrian Sarawak

Asalamu’alaikum dan salam sejahtera. Diantara beberapa soalan-soalan yang sering ditanyakan kepada saya mengenai Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak atau Ekuestrian Sarawak :- 1.Sejak bila Sarawak ada sukan equestrian? 2.Siapa owner Ekuestrian Sarawak? 3.Persatuan ni ada lesen beroperasi kah? 4.Kat mana Ekuestrian Sarawak beroperasi? 5. Bolehkah anak perempuan saya (sekolah rendah) join jadi ahli? 6. Berapa bayaran kalau nak join persatuan ni? 7. Kalau nak belajar menunggang kuda pun kena bayar jugakah  walaupun dah join jadi ahli? 8. Siapa jurulatih? 9. Berapa lama untuk anak dia belajar menunggang kuda untuk jadi pandai? 10. Anak saya minat sangat nak join sebab minat kuda dan nak belajar riding. Tapi saya takut akan risiko dan bahaya menunggang kuda. Persatuan ni boleh jamin kah anak saya selamat? Jadi, sebagai menjawab semua soalan diatas dan untuk memberi penjelasan kepada sesiapa saja yang mungkin mempunyai soalan-soalan yang lebih kurang sa...

Why do horse riding lessons cost so much?

Lesson fees vary by several reasons : region or area, type of discipline (or type of riding – western, english), duration of the lesson, and the number of students participating. Most centers providing beginner lessons keep horses that are safe and appropriate for children or beginners. These lesson horses (horses or ponies that being used specially to teach riding lessons) are tasked with teaching new students how to care for and ride horses. Income from lessons fees is used to buy feed for the lesson horses, pay for their regular medical, dental, and hoof care, buy and repair equipment. Often good beginner lesson horses may be older and require special feeds and supplements to help them stay in top condition. The average cost to provide care & feeding for one healthy horse is around  RM450.00 – RM600.00 per month. In addition to feed and water, horses need supplements (essential vitamins & minerals), vaccinations, regular treatment against parasites, annual ...