Skip to main content

Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak


PERSATUAN SUKAN EKUESTRIAN NEGERI SARAWAK
MATLAMAT DAN TUJUAN PENUBUHAN NYA


(1)   Sebagai peneraju dan penggerak utama sukan ekuestrian diperingkat Negeri Sarawak serta menjadi rujukan mengenai segala aspek yang berhubung kait dengan kuda, sukan/aktiviti ekuestrian di SARAWAK.
(2)   Memperkenalkan sukan ekuestrian sebagai salah satu alternatif kepadaberbagai bagai jenis sukan dan aktiviti rekreasi untuk orang ramai.
(3)   Memberi sokongan, bantuan serta dorongan kepada setiap ahli yang bernaung dibawah Persatuan ini untuk bergiat secara aktif didalam bidang aktiviti / sukan ekuestrian yang dipilih.
(4)    Merangka berbagai program, aktiviti atau acara ekuestrian  untuk  ahli-ahli Persatuan secara professional dan teratur.                  
(5)    Melahirkan seberapa ramai ahli yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai seorang athelit  atau jaguh sukan ekuestrian dari Sarawak dan sekali gus mengharumkan nama negeri Sarawak dalam bidang sukan yang bertaraf elit ini di Malaysia dan juga diperingkat antarabangsa.

Kepada sesiapa yang mempunyai minat dan ingin menjadi ahli Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak (PSENS), sila hubungi pihak pengurusan untuk keterangan lanjut.

Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak
Lorong 17, Kampung Sinar Budi Baru, Desa Wira
Jalan Batu Kawa, 93250 KUCHING, Sarawak

Tel : 019-8770074     (Zulkifli Ahamat)

E-Mel / FaceBook : psens2011@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

EQUESTRIAN : Selamat datang semula ke laman blog Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak

Asalamu'alaikum dan salam sejahtera. Ini artikel yang pertama blog Ekuestrian Sarawak dalam tahun ini, 2017, setelah beberapa tahun tak aktif. Admin blog ni nak refresh balik mengenai objektif utama penubuhan Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak dan membincangkan beberapa perkara mengenai maksud erti sukan Ekuestrian. Apakah yang dimaksudkan dengan EQUESTRIAN. Ramai orang pernah mendengar perkataan ‘equestrian’, tapi ramai juga yang tak mengetahui makna sebenar perkataan tersebut. Menurut tafsiran, maksud equestrian ialah mengenai apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan kuda dan menunggang kuda. Contohnya seperti menunggang kuda untuk suka-suka atau beriadah (leisure ride/joy ride), trail riding, endurance, dressage, showjumping, lumba kuda, polo dan sebagainya.  Equestrian dan kuda pada persepsi masyarakat kita kebiasaannya berkaitan dengan golongan elite, kemewahan dan prestij. Ada juga yang mengaitkan kuda dengan lumba kuda professional yang dikaitan pula pada ...

Diantara beberapa soalan yang sering di tanya mengenai Ekuestrian Sarawak

Asalamu’alaikum dan salam sejahtera. Diantara beberapa soalan-soalan yang sering ditanyakan kepada saya mengenai Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak atau Ekuestrian Sarawak :- 1.Sejak bila Sarawak ada sukan equestrian? 2.Siapa owner Ekuestrian Sarawak? 3.Persatuan ni ada lesen beroperasi kah? 4.Kat mana Ekuestrian Sarawak beroperasi? 5. Bolehkah anak perempuan saya (sekolah rendah) join jadi ahli? 6. Berapa bayaran kalau nak join persatuan ni? 7. Kalau nak belajar menunggang kuda pun kena bayar jugakah  walaupun dah join jadi ahli? 8. Siapa jurulatih? 9. Berapa lama untuk anak dia belajar menunggang kuda untuk jadi pandai? 10. Anak saya minat sangat nak join sebab minat kuda dan nak belajar riding. Tapi saya takut akan risiko dan bahaya menunggang kuda. Persatuan ni boleh jamin kah anak saya selamat? Jadi, sebagai menjawab semua soalan diatas dan untuk memberi penjelasan kepada sesiapa saja yang mungkin mempunyai soalan-soalan yang lebih kurang sa...

Program menunggang kuda untuk PPKI SK Jalan Arang, Padawan

Pada 08hb Januari 2013, Ekuestrian Sarawak telah membawa seekor kuda bernama BUDI dipadang  SK Jalan Arang Padawan, Batu Kawa, Kuching untuk program menunggang kuda kepada pelajar-pelajar Pendidikan Khas Istimewa. Program ini adalah anjuran bersama pihak PPKI SK Jalan Arang dan Persatuan Sukan Ekuestrian Negeri Sarawak sebagai satu program amal dan satu bentuk kaedah therapy kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Diharap usaha ini akan diteruskan lagi dengan lebih kemas dan teratur agar ianya akan lebih memberi manafaat kepada pelajar-pelajar dan semua pihak yang terbabit. Pihak Ekuestrian Sarawak sangat menyokong program ini kerana merasa sangat yakin akan potensi dan faedah yang terhasil daripada usaha menjayakan program ini. Sebilangan besar pelajar-pelajar yang mengambil bahagian ternyata  kelihatan bersemangat dan berseronok semasa menunggang kuda. Memang jelas, program ini sangat memberi kesan atau impak yang positif kepada diri pelajar-pelajar tersebut.